Monday, August 2, 2010

Puisi Tradisional : Pantun Mengenang Nasib

Maksud

Rangkap 1
Kesedihan kerana kehilangan harta benda atau kesakitan fizikal lebih mudah dihadapi jika dibandingkan dengan kekecewaan atau sakit hati yang dialami.

Rangkap 2
Kesenangan atau kebahagiaan yang diharapkan berkekalan sepanjang masa berakhir dengan kesusahan.

Rangkap 3
Kecederaan fizikal memang dapat dilihat oleh orang lain tetapi kekecewaan atau kesedihan di dalam hati tidak ketahui oleh sesiapa.

Rangkap 4
Kita tidak boleh mengharapkan nasib yang baik sahaja sepanjang masa kerana nasib baik atau nasib buruk sudah menjadi adat dalam kehidupan.

Tema
Kepelbagaian nasib yang menimpa diri seorang. Ada kalanya seseorang itu bernasib baik dan ada kalanya bernasib buruk.

Persoalan
- Kekecewaan sukar diubati.
- Kebahagiaan boleh berakhir.
- Kesedihan dapat disembuyikan.
- Nasib yang baik atau tidak baik terpaksa dihadapi.

Nilai
- Sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup.
- Percaya pada qadak dan yang telah ditakdirkan.

Pengajaran
- Kita hendaklah menerim takdir dengan tabah.
- Kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain.
- Janganlah kita menyembunyikan kesudahan yang kita alami.

No comments:

Post a Comment