Maksud
Rangkap 1
Sesuatu benda yang buruk tidak harus dibuang begitu saja kerana kemungkinan bentu itu masih boleh digunakan untuk keperluan lain.
Rangkap 2
Orang dagang bersikap amat merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak berguna dan tidak memberikan faedah.
Rangkap 3
Seorang lelaki ingin mendapatkan seseorang gadis sebagai kekasih atau isteri tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.
Rangkap 4
Seseorang tidak harus menyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapai sesuatu kerana dibimbangi harapannya tidak kesampaian.
Rangkap 5
Seseorang yang mampu menyelesaikan masalah yang besar tentu sahaja tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.
Tema
Sindiran atau kiasan terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian dalam kehidupan manusia.
Persoalan
- Cita-cita sukar dicapai.
- Dagang yang merendah diri.
- Barang yang rosak masih berguna.
- Kebolehan menyelesaikan masalah.
- Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Nilai
- Berani menghadapi cabaran.
- Bercita-cita tinggi untuk mencapai sesuatu.
- Yakin diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Merendah diri apabila berhadapan dengan orang lain.
Pengajaran
- Janganlah kita membazir.
- Kita hendaklah gigih berusaha.
- Jangan kita terlalu merendah diri.
- Janganlah kita terlalu mengharap.
- Kita hendaklah mempunyai keyakinan diri.
No comments:
Post a Comment