Maksud Rangkap 1Sesuatu benda yang buruk tidak harus dibuang begitu saja kerana kemungkinan bentu itu masih boleh digunakan untuk keperluan lain.
Rangkap 2Orang dagang bersikap amat merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak berguna dan tidak memberikan faedah.
Rangkap 3Seorang lelaki ingin mendapatkan seseorang gadis sebagai kekasih atau isteri tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.
Rangkap 4Seseorang tidak harus menyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapai sesuatu kerana dibimbangi harapannya tidak kesampaian.
Rangkap 5Seseorang yang mampu menyelesaikan masalah yang besar tentu sahaja tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.
TemaSindiran atau kiasan terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian dalam kehidupan manusia.
Persoalan- Cita-cita sukar dicapai.
- Dagang yang merendah diri.
- Barang yang rosak masih berguna.
- Kebolehan menyelesaikan masalah.
- Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Nilai- Berani menghadapi cabaran.
- Bercita-cita tinggi untuk mencapai sesuatu.
- Yakin diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Merendah diri apabila berhadapan dengan orang lain.
Pengajaran- Janganlah kita membazir.
- Kita hendaklah gigih berusaha.
- Jangan kita terlalu merendah diri.
- Janganlah kita terlalu mengharap.
- Kita hendaklah mempunyai keyakinan diri.