1.1a Maksud Keperluan
- Keperluan bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh setiap manusia untuk terus hidup di dunia ini.
- Keperluan manusia boleh dibahagikan kepada keperluan asas dan keperluan lain.
- Manusia perlu memenuhi tiga keperluan asas, iaitu:
- Makanan - Keperluan asas yang utama dan penting dalam kehidupan untuk terus hidup, tanpanya manusia tidak dapat hidup. - Jenis makanan yang diambil oleh individu bergantung kepada umur, budaya, iklim, cuca, cita rasa, dan faktor lain. - Contoh makanan ialah nasi, bijirin, sayur-sayuran, daging, dan ikan.
- Tempat tinggal - Individu memerlukan tempat tinggal untuk berlindung daripada panas, hujan, dan melakukan aktiviti harian. - Jenis rumah bergantung kepada iklim, budaya, cita rasa, dan tingkat pendapatan individu. - Tempat tinggal mungkin sebuah rumah teres, rumah panjang, rumah kampung, kondominium atau banglo.
- Pakaian - Pakaian digunakan untuk menutup badan dan melindungi diri daripada panas atau sejuk. - Jenis pakaian bergantung kepada iklim, budaya, cita rasa, dan cuaca. - Pakaian mungkin baju kurung, kemeja, sari atau ceongsam.
- Keperluan lain ialah barang atau perkhidmatan yang diperlukan oleh manusia pada zaman moden ini untuk membolehkan manusia terus menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
- Contoh keperluan lain ialah pendidikan yang menjadikan seseorang itu tidak buta huruf dan boleh mencari pekerjaan untuk memenuhi keperluan asasnya. Begitu juga dengan perubatan yang menjamin kesihatan manusia untuk terus mencari nafkah.
1.1b Maksud Kehendak
- Kehendak manusia bermaksud barang atau perkhidmatan yang diinginkan untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa atau menunjukkan kemewahan, lambang status, dan kepuasan dalam kehidupan.
- Manusia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini walaupun tidak dapat memenuhi semua kehendaknya.
- Walaupun kehendak manusia tidak terhad, namun pendapatan manusia yang terhad mengehadkan kemampuan manusia untuk memenuhi semua kehendaknya.
- Kehendak manusia berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada pendapatannya, budaya, cita rasa, jantina, dan sebagainya.
- Kehendak manusia biasanya merupakan barang mewah seperti barang kemas, kereta mewah, rumah banglo, atau melancong ke luar negara.
No comments:
Post a Comment